BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

thanks~!

aHlan waSahLan

Tuesday 13 November 2012

~Let's here together~ ....... ^_^

Sunday 29 April 2012

my Novel...in journey...

               Ketulusan hatinya tidak bisa diungkap melalui bicara kata, kata mutiara, tidak juga melalui tafsiran semua. kelembutan dan keikhlasan hatinya sering tidak diketahui semua.. dalam diam dia berdzikir, semasa semua bersuka ria, dia mendirikan solat menghadap Ilahi.. doanya tidak pernah lekang dari bibir. sentiasa melafazkan kalimat2 suci.. serta memuji kebesaran Ilahi.

              "Humaira, ayuh lekas bangun! Hari ini kita kan sudah berjanji hendak pergi beriadah bersama-sama. sudah, jangan tidur lagi." Hana memaksa dia bangun. "Astaghfirullah! Aku belum solat subuh! " katanya seraya bergegas ke kamar mandi. Pili air dibuka. "Argh, sejuknya.." namun, dia tetap memaksa dirinya untuk berwudhuk dengan segera. Hana melangkah anak tangga untuk turun ke dapur bagi menyediakan sarapan.

              Roti disapu dengan majerin. Lalu pantas tangan Hana mencapai sebatang sudu. 'Ish,berminyak.' katanya dalam hati lalu dia pun mencuci sudu itu dengan segera. Hana sangat mengambil berat dalam aspek kebersihan walaupun ianya tidak seberapa besar. Humaira segera turut serta di meja makan bersama Hana. Sedar dirinya sudah lewat. Oleh itu, dia berusaha untuk tidak menaikkan angin saudari kembarnya itu.

             Hana memanaskan enjin kereta Honda City, hadiah daripada kedua orang tua pasangan kembar tersebut kerana berjaya mendapat 11 A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun lepas. Humaiara mencapai kasut sukannya yang berwarna ungu itu lalu berlari anak ke arah kenderaan pacuan empat roda tersebut. "Maaf lambat, datin Hana yang comel," Hana hanya mampu tersengih dan tidak membalas kata-kata Humaira kerana sudah terlalu lewat.

            Jam tangan mereka menunjukkan sudah pukul 7.40 pagi sebaik sahaja kaki melangkah ke taman rekreasi itu.

          

Saturday 17 December 2011

Cinta buat yg MAha Esa

Sebenarnya Cinta kepada Allah itu ibarat pellita yang menyilaukan........

Jika ia menetap dalam indera, ia akan mematikan...

Jika ia menetap di dalam jiwa, ia akan memabukkan....

Pada lahirnya ia berupa rahsia, sedang pada batinnya ia berupa cinta...